Sunday, April 21, 2013

PASUKAN KALAM JAMAIE SBPIS NAIB JOHAN LAGI

Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah Menengah sempena Karnival Pendidikan Melaka 2013 telah dilangsungkan pada 5 April 2013 (Jumaat) di Dewan Utama, MITC. Terdapat 9 buah sekolah yang bertanding. Alhamdulillah, pasukan SBPIS mengekalkan kemenangannya dengan memperolehi tempat Naib Johan setelah memperembahkan kalam jamaie mereka dengan tajuk Keluarga Bahagia. Tahniah dan teruskan usaha lagi

Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Melaka

SBPIS juara keseluruhan dan menerima anugerah Tarian Terbaik kategori Rampaian Kreatif
Tempat: MITC, Ayer Keroh, Melaka
Tarikh: 07.04.2013

Wednesday, April 10, 2013

4th Biennial Residential School English Drama Competition Southern Zone 2013

KEPUTUSAN PERTANDINGAN.
No.
Kategori Hadiah
Pemenang / Sekolah
1
Johan
Sekolah Tun Fatimah
2
Naib Johan
SMS Sultan Iskandar
3
Tempat ke-3
SMS Muar
4
Anugerah Kesan Bunyi dan Visual Terbaik
Sekolah Tun Fatimah
5
Anugerah Setting dan Prop Terbaik
SMS Kota Tinggi
6
Anugerah Kostum Terbaik
Sekolah Tun Fatimah
7
Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik
Siti Nurdiyana Nabila bt Samsuri (Bawang Putih) / SMS Sultan Iskandar
8
Anugerah Pelakon Terbaik
Sorfina Ilham bt Rozman (Writer) / Sekolah Tun Fatimah
9
Anugerah Skrip Terbaik
Sekolah Tun Fatimah
10
Anugerah Pengarah Terbaik
Nur Hani Farha bt Nor Hisham / Sekolah Tun Fatimah 
11
Saguhati ke- 4
SBPI Jempol
12
Saguhati ke- 5
SMS Kota Tinggi
13
Saguhati ke - 6
SMS Rembau
 
 

Sunday, April 7, 2013

PROGRAM NPQEL 2013

SBPI Selandar telah terlibat dengan program penandaarasan untuk kursus (NPQEL) National Professional Qualification For Educational Leader 2013, Cikgu Rosnah Binti Osman (PK MOZAC) telah ditempatkan di SBPIS untuk menjalani kursus ini selama 2 minggu. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Rosnah.

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BULAN BAHASA 2013

Program Bulan Bahasa SBPI Selandar telah dilancarkan secara rasminya oleh Pengetua Cemerlang pada 1 April 2013 bertempat di dewan Dewan Gemilang, program ini akan berlangsung sepanjang bulan April. Program yang menjadi acara tahunan sekolah ini bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai keterampilan berbahasa yang baik dan menghargai bahasa sebagai alat penting dalam berkomunikasi. Semoga para pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sempena Program Bulan Bahasa ini.

Thursday, March 21, 2013

KEPUTUSAN SPM 2012


Seramai 26 orang  pelajar telah mendapat Straight A dalam semua matapelajaran SPM 2012.Keputusan ini telah diumumkan oleh Tuan Pengetua Cemerlang En. Karim Bin Bayok pada Jam 12:30 Tengahari bertempat di dewan gemilang. Terdapat matapelajaran yang menunjukkan peningkatan antaranya Matematik, Bahasa Melayu, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Secara keseluruhannya SBPI Selandar menduduki tempat ke2 peringkat negeri Melaka dan mendapat 3 anugerah daripada Jabatan Pelajaran Melaka. Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah sama-sama berusaha untuk mencapai keputusan yang sangat membanggakan ini. Tidak lupa juga, ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG yang banyak memberi sokongan dan kerjasama dalam mencapai kejayaan ini.